JellyPages.com

Wednesday 24 April 2013

TINTA SANG RUFAIDAH: Yes, Aku Seorang Jururawat!




                Huff… Huff… Huff…
Nafas Alia semakin laju. Mengah! Tetapi kaki yang sepasang ini masih laju melangkah mendaki anak tangga ke tingkat lima bangunan lapan tingkat itu. Lif? Out of order. Kalau tak, memang tak kuasa nak membazirkan lemak-lemak yang ada untuk ke pejabat fakulti. Hahahaha..
Langkah Alia berhenti sebaik sahaja tiba di tingkat lima. Memang terasa sesak di dada bagaikan diserang asma. Alia membongkok merehatkan kaki sambil menghela nafas panjang. Degupan jantung masih laju seperti baru lepas marathon! Sedang asyik merehatkan penat, ada sepasang tangan menyambarnya dari belakang. Terus Alia jatuh terduduk.
“Kau memang hantu la Lia. Aku tahu la kau excited nak ambil result LJM kau tu. Bawak bertenang sikit,” jerkah Zahida. Alia ketawa kecil. Dia lihat gadis tinggi lampai berbadan model itu tercungap-cungap kecapetan. Ceh, harap badan je kurus. Tapi stamina zero!
Alia berdiri sambil mengebas blous ungu yang dilekati debu. Bibirnya berbisik basmalah sambil tangan kanannya memulas tombol pintu tangga kecemasan. Serentak itu juga hembusan penghawa dingin singgah di muka menyapu semua rasa bahang dan haba. Inilah syurga. Tangan kanan Alia pantas menarik lengan Zahida yang masih tidak puas melepas rasa penat. Tanpa membantah, Zahida menurut. Biarpun rasa penat sudah tiada, jantung masih berdegup kuat. Lup-dub.. Lup-dub..Lup-dub!
Di hadapan pejabat fakulti, kedua-dua gadis itu berdiri kaku. Masing-masing memasang teling cuba menganalisa sebarang bunyi-bunyian. Zahida mencapai tangan Alia lalu digenggamnya kemas. Alia menoleh memandang wajah sahabat yang dikenalinya hampir tiga tahun itu. Tangan Zahida terasa sejuk. Takut? Ya, memang sangat takut. Ini sumpah lebih takut daripada mengambil keputusan UPSR atau PMR atau SPM. Memang sangat menakutkan!
“Alia, apa pun keputusan yang kita dapat, kita kena terima dengan redha tau. Be proud. Kita dah buat yang terbaik untuk diri kita,” ujar Zahida.
Alia mengangguk.
“ Kalau kita lulus, syukur, Allah mudahkan jalan kita.”
Alia mengangguk lagi.
“Tapi kalau sebaliknya, jangan rasa sedih. Kita kena yakin dengan perancangan Allah. Mungkin Allah simpan kejayaan ni untuk kejayaan yang lain. Mesti berbaik sangka dengan Allah, tau.”
Alia mengangguk untuk ke sekian kalinya. Kenapa kau tak jadi kaunselor Za? Kalau kau jadi cikgu kaunselor kat sekolah aku dulu, mesti aku dah jadi angkasawan, Za!
Alright.Whatever happen, His planning is the best!” bisik Alia sambil tangannya menolak pintu pejabat fakulti. Serentak itu, tujuh pasang mata tertumpu ke arah mereka. Sambil tersengih, Alia menarik Zahida yang masih terpaku di luar pintu.
“Assalamu’alaikum. Kami nak ambil result LJM,” kata Alia malu-malu kucing. Langkahnya terus terarah ke meja koordinator  peperiksaan, Puan Aina yang melambaikan tangan kepadanya. Dengan wajah serius, Puan Aina menunding jari ke kerusi menyuruh mereka berdua duduk. Genggaman tangan Zahida semakin kuat.
“Siapa yang nak tahu dulu ni?” Soal Puan Aina. Aduh, terasa pekat tiba-tiba air liur ni.
“Err… Saya dulu, puan. Sarah Alia Saifullah.”
Okay, Zahida. Kamu duduk di sana dulu,” arah Puan Aina sambil menunjukkan kerusi lima langkah jaraknya dari tempat duduk Alia. Zahida menurut sambil membisikkan good luck kepada Alia. Alia mengangguk lantas membulatkan matanya memandang Puan Aina dengan seribu harapan di dada. Puan Aina masih dengan wajah tegangnya menyelak slip keputusan LJM satu per satu. Wahai! Dimanakah Puan Aina yang kelakar dan sporting ni? Dahi Alia berkerut apabila jari jemari Puan Aina berhenti bergerak. Sehelai kertas  diasingkan keluar.
“Sarah Alia binti Saifullah. Pelajar dekan setiap semester. Dapat anugerah Best Student in Academic semasa majlis tahunan kita. Ahli persatuan pelajar yang sangat aktif. Kamu orang pertama yang datang ambil result hari ni.” Puan Aina berhenti seketika menghela nafas panjang.
“Keputusan LJM saya…” Alia bersuara perlahan. Matanya masih cuba membaca mimik muka Puan Aina. Oh tidak, aku bukan ahli psikologi yang pandai membaca reaksi orang. Puan Aina tidak berkata apa-apa. Slip keputusan LJM dihidangkan di hadapan Alia. Jari Alia pantas menerkam kertas nipis itu. Mulutnya ternganga luas apabila menangkap perkataan ‘LULUS’ di bahagian bawah slip tersebut.
“Dah sudah. Pergi tukar tempat dengan Zahida. Jangan nak buat bising dalam pejabat ni. Nak jerit-jerit kat luar nanti,” kata Puan Aina. Alia tersengih. Terus dia melompat memeluk batang tubuh gempal di hadapannya itu.  Pipi pensyarah muda itu di cium bertalu-talu. Gembiranya tak terkata. Inilah guru yang tak putus-putus memberi kata-kata harapan dan semangat untuk Alia dan 99 orang calon peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia yang lain. Pensyarah muda inilah yang sanggup bekerja lebih masa mengadakan kelas-kelas tambahan untuk pelajar-pelajar yang lemah. Inilah dia insan berjasa itu.
“Selagi saya masih kuat untuk mengajar, saya akan pastikan anak-anak didik saya jadi jururawat Muslim yang hebat untuk menggantikan kami yang dah pencen nanti.” Puan Aina tersenyum sendiri mengingatkan bait kata-kata yang diucapkan pada hari taklimat Skor LJM. Ya Allah, mereka inilah pewaris yang kami tinggalkan. Bantulah mereka!

...bersambung...

Ini Moonlight Usagi!

Assalamu'alaikum.. Konnichiwa!
Yep yep yep.... Ini post yang pertama saya untuk blog ini. Jadinya, sebagai introduction kepada blog baru ni, saya nak kenalkan diri..


Nama diberi MOONLIGHT USAGI a.k.a Usagi..
Tapi blog ni bukannya bercerita pasal Sailormoon atau Sailorjupiter atau Sailorvenus atau Mamoru ye..
Blog ini diberi nama Moonlight Usagi bersempena nama karakter anime kegemaran saya dahulu, kini dan selamanya..
Siapakan saya di sebalik Usagi ni?
Saya gadis pencinta seni tulis dan seni lukis... Saya memang sangat minat menulis dan melukis sejak kanak-kanak lagi...
Nak publish buku, rasanya macam advance sangat je.. Jadi saya akan share semua karya-karya saya di sini..
Selain karya-karya lama, saya sedang usahakan untuk menyiapkan karya yang terbaru.. Ganbatteh!
Genre karya?
Umm... Genre saya pelbagai.. Tapi kebanyakannya bergenre kekeluargaan, ketuhanan, persahabatan....
Huu... boring kan..
Insyaallah saya akan start genre-genre yang mencabar sikit.. Mungkin fantasi, mungkin adventure...
Oh ya, karya yang saya post di blog ini memanglah hak cipta terpelihara..
Mana yang bermanfaat bolehlah dikongsikan..
Mana yang terkurang, mohon kritikan membina ya... hahaha

Itu saja dari Moonlight Usagi..